Peristiwa astronomi Milenium_ke-8

Kesemua tarikh ini adalah dalam skala masa seragam seperti Waktu Terestrial. Apabila ditukarkan kepada masa suria biasa atau Waktu Sejagat yang nyata sekali tidak seragam melalui ΔT, tarikh-tarikh ini adalah lebih kurang sehari lebih awal. Disebabkan perbezaan ini, tarikh-tarikh ini tidak mempunyai hari ulang tahun yang berkait dengan tarikh sejarahnya dan oleh itu, harus tidak dikaitkan kepada tarikh-tarikh tersebut. Tambahan pula, tarikh-tarikh ini hanya merupakan tarikh astronomi dan harus diberikan dalam format astronomi, iaitu Tahun Bulan Hari, yang membenarkannya disusun.

  • 7152 September 11: Marikh menghijab Regulus
  • 7256 Oktober 12: Utarid menghijab Regulus
  • 7276 September 19: Zuhrah menghijab Regulus
  • 7278 September 15: Marikh menghijab Regulus
  • 7321 Disember 21: Zuhrah menghijab Regulus
  • 7404 September 20: Marikh menghijab Regulus
  • 7541 Februari 14: Musytari menghijab Zuhal
  • 7541 Jun 18: Musytari menghijab Zuhal
  • 7565 Oktober 17: Utarid menghijab Regulus
  • 7874 Oktober 22: Utarid menghijab Regulus

Planetoid 90377 Sedna akan melalui afelionnya dalam dekad-dekad pada sekitar tahun 7800.